
[REVIEW] Foundation Sponge
Assalamualaikum & Hai semua,
Hari ni saya nk buat review mengenai span foundation. Saya percaya ramai diantara kita menyapu foundation dengan menggunakan jari kerana beranggapan penggunaan span hanya akan membazirkan foundation sahaja. So hari ni saya nk bukti kan kenyataan tu bukan 100% tepat 🙂
1. Penggunaan span mampu menghasilkan make up yang lebih flawless & sempurna
![]() |
Kiri: Foundation jika menggunakan jari Kanan: Foundation jika menggunakan span |
Gambar di atas adalah analogi perbezaan kalau kita menyapu foundation menggunakan jari dan span. Seperti yang kita boleh lihat, penggunaan span lebih baik kesannya kerana ia mampu menutup hampir 100% liang roma pada muka, so dapat menghasilkan make up yg cantik dan flawless. Kalau kita menggunakan jari, make up jadi agak messy, tidak dapat menutup liang pori sepenuhnya dan secara tidak lansung, kita tidak dapat menghasilkan make up yang flawless.
2. Penggunaan span mampu menghasilkan make up yg lebih sekata
![]() |
Kiri: Foundation jika menggunakan jari Kanan: Foundation jika menggunakan span |