skip to Main Content

Tips untuk shading hidung dengan menggunakan Naturactor Cover Face

Ramai antara kita yg mengidamkan bentuk hidung yang mancung kerana keseimbangan dan tampak lebih menarik.  Jadi, salah satu jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan teknik shading atau shading technique untuk membentuk hidung supaya tampak lebih seimbang 🙂

Kesusahan: Sederhana

Bahan yang diperlukan:
1. Berus make up/foundation yg bagus
2. Span make up/foundation
3. Highlight colour (Naturactor Cover Face 130)
4. Shading colour (Naturactor Cover Face China 153)
5. Foundation (Naturactor Cover Face/Octard Cover Foundation/Naturactor Summer Cake)
6. Concealer (Naturactor Cover Face 171)*
7. Loose powder (Naturactor Silky Lucent Powder)**
*Optional – bagi mereka yang tiada cela dimuka boleh skip bahan ini
**Bagi yang kurang gemar guna loose powder, boleh ganti dengan compact powder (Naturactor Pressed Powder)
Cara-cara:

1. Muka anda hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dengan mencuci, toner dan melembabkan dengan produk skincare yang sesuai dengan kulit anda. Buang apa-apa permukaan kasar pada muka dengan menggunakan scrub seperti white heads, black heads, dan sebagainya. Untuk kesan make up yang terbaik, ia memerlukan permukaan kulit yang licin dan lembut.

2. Buang apa-apa bulu yang terdapat pada muka anda. Pastikan muka anda betul-betul bersih daripada bulu yang tidak dikehendaki.

4. Jika anda mempunyai cela pada muka, gunakan sedikit concealer (Naturactor Cover Face 171) dan buat sapuan nipis pada tempat yang ingin ditutup dengan menggunakan span.

3. Ambil perhatian pada bahagian hidung yang lebar/besar. Buat sedikit shading (Naturactor Cover Face China 153) dengan menggunakan berus make up yang lebih kecil pada bahagian sisi hidung, dan bawah hidung.

5. Gunakan foundation yang sama tone dengan kulit anda dan sapukan pada seluruh muka dengan menggunakan span make up. Pastikan ianya rata pada seluruh muka.

6. Highlight bahagian tengah batang hidung anda dengan menggunakan foundation yang lebih cerah dari tone kulit anda. Contohnya, jika anda menggunakan kod 141 sebagai foundation, anda boleh gunakan kod 130 sebagai highlight di bahagian hidung. Jika anda tidak mempunyai foundation yang lebih cerah dari tone kulit anda, anda boleh menggantikannya dengan menggunakan concealer bawah mata, atau eyeshadow yang berwarna cerah.

7. Akhir sekali, sebagai finishing make up, gunakan loose powder (Silky Lucent Powder) dan tepuk2 pada bahagian muka terutama dahi, pipi, dagu dan hidung anda.

                          

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top